Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/08/2016

Cara buat Passport 2016 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ni tuan punya blog begitu rajin nak tulis entri tentang cara cara buat passport bagi yang pertama kali untuk ke luar negara seperti KK, hehe


Siapa tak nak kan jelajah dan terjah negara orang, tengok tempat dan belajar budaya di negara lain, mesti seronok dan sangat teruja jejak negara luar

KK buat passport ini di UTC Kuantan, dan KK sendiri buat malam sebab balik kerja dari Kemaman terus turun Kuantan semata mata nak buat passport

Cara-cara :-

  1. Pergi ke pejabat atau cawangan imigresen 
  2. Pergi ke kaunter nombor giliran dan beri IC
  3. Pegawai akan beri nombor giliran dan satu borang
  4. Isi borang seperti nama, no. IC, alamat dan lain lain
  5. Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  6. Setelah dipanggil, pegawai akan minta cap ibu jari kanan
  7. Gambar akan diambil dan sesi pengesahan
  8. Tunggu nombor dipanggil untuk pembayaran passport
  9. Resit akan diberi dan tunggu 1 jam untuk passport siap
  10. Selepas satu jam, bagi resit dan passport boleh dituntut

Mudah bukan? asal ada duit semua jalan, haha, untuk KK yang berumur 22 tahun, caj dikenakan RM 200 dan sah sehingga 5 tahun, lama tu, macamlah tiap tahun nak pergi luar negara kan, haha, berangan saja

Sekarang senang, dan tak lama macam dulu, dalam masa satu jam dah siap, bukan passport sahaja, kad pengenalan dan lesen memandu juga boleh siap dalam masa tu jam

Harap perkongsian KK kali ni dapat memberi manfaat kepada semua, hehe, mana tahu kot kot ada yang nak mengembara lepas ni? kalau ada rezeki tak kemana kan, Aminn

2 ulasan: