Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Nak kemana pula KK ni siap buat passport bagai, macam jauh saja, macam dekat saja, hehe, jauh mana tu nak berjalan, haha, kemain lagi
Panas lagi buku ni, baru keluar mesin, haha, baru saja 3 hari usia buku merah ni, tapi sah 5 tahun, macamlah tiap tahun nak berjalan kan
Inilah kali pertama dalam hidup KK buat passport, tua tua baru nak merasa berjalan luar negara, haha, orang lain kecil-kecil lagi dah pergi Busan, haha
InsyaAllah kalau tak ada aral, Isnin ni KK akan bercuti-cuti di sebuah negara jiran, sebelah saja, tak jauh pun, bajet tak ada, ni pun bergolok gadai, hahaha
Menghitung hari KK ni, baju semua tak kemas lagi, esok baru nak lipat-lipat baju semua, kemas apa yang patut, hehe
InsyaAllah harap semua berjalan lancar, semoga dipermudahkan ! Aminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan