Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/08/2016

Salam Jumaat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masuk harini, dah genap 7 hari KK bertugas di Kemaman, tempat baru, kawasan baru, orang baru dan KK masih sesuaikan diri


Lama tak belanja selfie kan, nah KK bagi sekeping, mohon sediakan baldi sebelum nak muntah tu, haha, mana tahu kot ada yang rindu KK

Sekejap saja masa berlalu, nanti KK dah cuti seminggu, hehe, 5 hari cuti tanpa gaji, nampak tak semangat benar nak lari dari Malaysia

Baju tak kemas lagi, kerja tak sibuk mana pun  tapi buat buat sibuk, haha, malam ni baru nak kemas sikit-sikit

Apa ni KK melalut, haha, kembali kepada tajuk, sempena hari Jumaat ni, KK nak minta maaf jika ada terkasar bahasa atau terasa hati dalam penulisan KK

Walaupun semalam baru habis raya, hehe, mana tahu kan kalau ada terasa hati, KK nak minta ampun, harap diampunkan KK

Jumaat pertama dalam bulan Ogos ini moga memberi kita sinar dan keberkatan yang tak putus putus dari Allah insyaAllah semoga dipermudahkan Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan