Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/09/2020

3H2M (Melaka) - Kampung Morten


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisah bersambung lagi selepas kami makan malam, dah kenyang kan jadi boleh jalan lagi bagi hilang lemak, haha


Kami ke kampung Morten, sebab semalam dari pesisir sungai tu nampak cantik sangat kampung Morten ni, dengan lampu warna warni, sangat lawa !

KK lah yang paling teruja nak pergi, perkampungan yang masih ada di tengah bandar Melaka yang pesat, masih ada penghuni kekal dan masih dijaga rapi




Bila dah sampai KK pun teruja, sebab memang lawa bila tengok depan depan, patutlah orang suka datang malam, sebab boleh bergambar dekat rumah Morten

Dalam dua jam juga KK berpusing-pusing kat Kampung Morten ni, boleh kata luas juga kawasan, penuh dengan rumah kampung tradisional yang cantik

Tiba-tiba nak hujan pula, cepat-cepat KK bergegas ke kereta, hahaha, mujurlah sempat pusing satu kampung, alhamdulillah, lega hati dapat pergi, lepas hajat, hehe

Masa untuk balik hotel, esok nak balik dah, rehatkan diri esok nak bawa kereta jauh !

NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !

Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan