Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/09/2020

Facemask unicorn?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Susah betul nak simpan penutup muka dalam kereta, nak letak dalam plastik selalu sangat keronyok, tak elok jadi plastik tu, susah sangat


KK pun pergilah Mr DIY, niatnya nak cari kotak plastik yang kecil dan nipis, kira muat-muat saja untuk letak penutup muka kan, untuk simpan dalam kereta

Tapi tak jumpa, puas KK cari, nak pergi cawangan lain malas pula, KK pun pergi belek dekat bahagian alat tulis, tengok bekas pensel, terjumpalah yang comel ni!


KK siap ukur dengan penutup lagi, memang muat-muat, siap ada zip lagi, elok lah nak simpan mask, siap tembus pandang, boleh tengok dari luar

Paling penting ada gambar unicorn tu, hahahaha, barulah nampak lain dari lain, warna pula antara kesukaan KK, nampak tenang dan comel seperti KK, hahaha

Bolehlah pergi cari untuk simpan penutup muka ye, modal tak banyak, KK beli cuma dengan RM 1.70 sahaja, sangat berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan