Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/09/2023

5H4M : Surabaya (Part 1)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah hampir 2 minggu KK kembali bekerja, baru berkesempatan KK nak kongsi kisah percutian KK hujung bulan lepas.

25 Ogos sehingga 29 Ogos KK telah terbang ke Surabaya, KK tak pergi seorang diri, KK ikut serta kumpulan dalam 20 orang, KK ambil pakej dan pergi ramai-ramai.

KK malas nak rancang sendiri, beli pakej saja dan kita ikutlah, senang tak payah nak sakit kepala, hahahaha, hulur duit siap, semua dah sedia

Tapi KK pergi berdualah dengan kak tirah, tak boleh nak tinggal sibuk nak ikut makcik tu, haha, jadi KK bawa sekali, kami jumpa di TBS.

Berlepas hari Jumaat pukul 9 pagi, tapi kena sampai pukul 7 dah di KLIA2, jadi KK naik bas dari Kuantan hari Khamis pukul 9.30 malam, bermalam di TBS sebelum naik bas pukul 4.30 pagi ke KLIA2.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai kami masuk ke dalam kapal terbang, syukur pada Allah selamat sampai dan semuanya baik.



Dah sampai Surabaya dah petang, nak ke bandar Malang makan masa 3 jam, penat memang penat tapi bercampur dengan seronok sebab bercuti kan, hehe

Jadi tempat persinggahan pertama kami adalah Taman Suroboyo, kat sini ada buaya dengan ikan jerung, dikatakan oleh pemandu pelancong asal nama Suroboyo ni dari dua haiwan ini.

Bersambung...

1 ulasan:

  1. wow... syoknya... akak belum sampai sana. doakan akan n fmly sampai sana ye

    BalasPadam