Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/08/2013

Draf 2 : PBS Pengajian Perniagaan >


Assalamualaikum,

Musim persekolahan sudah bermula dan pastinya budak-budak sekolah macam kimi masih lagi sibuk nak cuti, haha, dah cuti 2 minggu masih tak puas.

PBS pun masih dituntut oleh guru, mana tak nya, kimi beraya di rumah Cikgu Pengajian Perniagaan, tengah-tengah makan tu, kimi pesan, PBS kena siapkan, nak tersedak semua, haha

Carta Organisasi

Alhamdulillah, draf 2 kimi dah hantar sebelum cuti yang lepas, ada kesalahan yang perlu diperbaiki dan ada yang perlu ditambah.

Kimi punya PBS P.P lagi 20% sebab rujukan dan lampiran tak siap lagi, ditambah pula ada typing error dan nak baiki sikit-sikit lagi.



Kimi dah ke lapangan sebanyak 5 kali, semasa Draf 1 , 3 kali kimi melawat lapangan, nampaknya itu tidak mencukupi, jadi kimi melawat lagi sebanyak 2 kali lagi.

Alhamdulilah, lawatan kimi ke lapangan telah memudahkan dan kerjasama yang diberikan oleh pengurus mahupun staf sangat baik dan berkesan.


Kimi nak perkenalkan 2 "orang kuat" organisasi yang kimi kaji, yang berbaju hijau belah kanan ialah Kak Sha a.k.a Pengurus dan berbaju putih itu Kak Hana a.k.a Penolong Pengurus

2 orang insan cantik ini banyak membantu kimi mengenai maklumat syarikat dan segala hal dalam kajian kimi. terima kasih kimi ucapkan kepada anda berdua.

Misi harus diteruskan hingga habis, kimi kena kuatkan semangat dan menyiapkan PBS dengan baik dan cemerlang demi mendapat gred yang terbaik !

*doakan yang terbaik untuk kimi :)




2 ulasan: