Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/04/2023

1 Syawal

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK nak bercerita alkisah raya untuk tahun ini, kita mulakan dengan raya hari pertama, sedia maklum tahun ini memang KK beraya di Mentakab, bukan kampung sendiri, kampung orang, haha.

KK dah sampai hari Jumaat petang dah, kira malam raya tu adalah kat Mentakab ni, pagi lagi KK datang rumah kaktira lepas tu sedia ke masjid.




KK pun naik motor pergi masjid dengan samping bagai baju Melayu lengkap, tapi bila raya ni, biasa dah, semua pakai macam kita.

Usai solat sunat Aidilfitri, KK pun terus dibawa ke rumah sepupu terdekat, biasalah rumah dekat-dekat ni seronok, tak payah tunggu penat dah sampai, hehe





Pagi sahaja dah pergi tiga biji rumah semua rumah saudara mara kak tira yang terdekat, seronok beraya dapat kenal kawan baru, sebab KK lama dah tak rasa suasana macam ini.

Masuk tenggahari tu rehat sekejap, dan sambung beraya sampai ke Felda Kemasul, dari Mentakab tu nak dekat 2 jam, hahahah, jenuh nak sampai, tapi dah nama kan beraya, hehe.

Seronok bila beraya jauh, terasa lah macam balik kampung tu, hahaha, KK pergi beraya rumah Balkis dengan Kak Tira, jauhnya beraya, dengan pakai baju Melayu tak bertukar lagi, haha





Alhamdulillah, selamat pergi selamat balik, sampai Mentakab pun dah nak malam kan sebab dalam tak sedar menyembang macam tak jumpa setahun, hahaha, adoilah kalau bergosip.

Malam KK tak kemana pun, cuma berehat di hotel, seharian berjalan lenguh habis kaki dengan perut sekali penuh, biasalah raya pertama, baru jumpa makanan tu jadi macam tu, hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan