Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/04/2023

Ramadan 29 : Kek Minyak


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini awal pagi KK bangun, bukan sebab saja bangun awal, tapi sakit perut, hahaha, kalau tak kerana sakit perut, tak bangun lagi.

Tapi elok juga bila dah bangun tu, KK pergilah sambung buat kerja semalam yang masih bertunda, KK siapkan kek minyak.

Kek pandan dengan kek oreo tinggal nak deko luar saja, yang lain dah siap, kek mangga keju leleh pun dah siap, cuma nak buat keju leleh saja.

Lepas dah siap kek minyak ni boleh kata selesai semuanya, tinggal nak kemas masuk dalam kereta saja, insyaAllah esok KK balik Mentakab.

Semoga dipermudahkan urusan KK, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan