Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/04/2023

Ramadan 23 : Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Panasnya cuaca minggu ni, memang panas menyengat sampai ke kulit, tak tahan sangat dengan cuaca.

KK kalau duduk di rumah memang buka penyaman udara dalam bilik, cukup pukul 12 dah mula rasa bahang, mozek pun dah macam rendam air suam, hahaha.

Biasanya KK akan duduk di saf luar, tapi hari ni tak larat rasa nak sampai tunggu kutbah, KK duduk saf dalam yang bertutup ada penyaman udara.

Kalau tak nak sampai habis solat, lencun badan kita menahan panas, sebabnya KK jenis tak tahan sejuk, tapi ditengokkan cuaca, tak apa, rasa boleh ni, hahaha.

Banyak pula membebel harini, apapun selamat berhujung minggu dan salam jumaat semua.

2 ulasan:

  1. di Seremban ni pun dia punya panas menyengat2. sana sini kipas terpasang walaupun tak ada orang just nak bagi ada pengudaraan je. berapalah bill letrik nanti agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, mana-mana pun memang panas sekarang, panas berbahang tu tak tahan.

      Padam