Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/04/2023

Ramadan 26 : Projek kek !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bermula minggu ni KK sibuk nak buat kek, tak adalah banyak mana, semuanya dalam lapan biji saja, jadi KK dah mula buat harini.

KK baru buat kek pandan, nanti ada lagi kek oreo dengan kek mangga, kita buat satu jenis dulu, esok buat kek lain pula.

Hari Khamis dah nak siap, sebab hari Jumaat KK dah balik kampung, kek ni tak apa buat awal sebab kek ada krim luar, bukan kek kosong, jadi tahan lebih pada seminggu letak dalam peti.

Semoga dipermudahkan urusan KK, beberapa hari lagi kita akan beraya, hehe.

1 ulasan: