Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/03/2021

Cuci enjin

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang yang agak panas, KK pergi ke kedai cuci kereta untuk mencuci, tapi bukan nak cuci luar dalam, nak cuci enjin dan bawah kereta

Masa KK servis kereta tempoh hari ada masalah bocor di kawasan minyak enjin tu, jadi atas saranan tukang bengkel supaya KK cuci bawah dan enjin

Fungsi cuci enjin dan bawah untuk buang segala kotoran bocor dan nak tengok ada tak lagi kebocoran yang lain, jadi bila enjin sudah bersih, kalau ada bocor lagi, dapat tengok mana kawasan dan tempat bermasalah

Jadi begitulah alkisahnya, banyak kerja lagi sebenarnya, KK ni tak tahu sangat bab enjin, jadi ikutkan saja, sayang bukan tak sayang

Atas saranan, lepas dua atau tiga hari enjin dan dicuci, kena datang semula bengkel untuk tengok bawah kereta kot ada lagi yang bocor

KK harap tak adalah, kalau tak habislah, tak bersinar mana lah KK, hahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Komen