Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/03/2021

Salam Jumaat



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di hari Jumaat yang penuh barokah, penuh suka dan duka, dan penuh dengan keberkatan

KK alhamdulillah masih lagi sihat, masih mampu ke masjid, masih boleh berdiri dengan izin Allah, syukur ke hadrat Illahi

Harini KK ada program petang nak pergi cuci enjin kereta sebab baru lepas baiki kereta, jadi untuk sahihkan tak ada lagi kebocoran, KK disaran untuk cuci enjin

Lepas tu nak isi minyak kereta bagi penuh dan tambah nilai TnG, ada macam bau bau orang nak pergi jalan tak? hahahaa

InsyaAllah jika diizin Allah, KK akan bercuti selama dua hari, dalam kawasan Pahang juga, tak jauh pun, dekat-dekat saja

Saja nak tenangkan fikiran sikit sebelum nak buat kira stok hujung bulan ni, awal pula kira stok tahun ni, stres rasa, tapi nak buat macam mana dah kerja macam tu, hehe

Jadi sebelum tu kita pulun habis-habis tenangkan fikiran habiskan duit, lepas tu baru fikir kerja balik, hahaaha

Selamat hari Jumaat dan selamat berhujung minggu semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan