Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/02/2021

Biskut




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam penatnya sampai KK rasa nak hempas-hempas lantai, haha, sebabnya nak dekat seharian KK buat biskut

Mula-mula tu tak jadi, habis satu adunan, bazir macam tu saja, tapi biskut tu simpan buat makan, cuma tak ada rupa, hahaha

Adunan kedua buat dah cantik, tapi keras sikit, KK redah saja tambah minyak sikit bagi lembut, siap satu adunan tak cukup pula nak penuhkan balang tu

KK buat satu lagi adunan semata nak penuhkan sikit lagi balang ke dua tu, tapi alhamdulillah banyak lebih dan KK dapat penuhkan dua balang kecil

Siap juga nak ke petang tu, itulah KK malas nak buat biskut sebab kena tunggu, oven tak besar jadi kena banyak bersabar

Alhamdulillah, semua dah bertuan, nanti petang baru datang ambil, lepas ni KK tak buat dah sebab buat biskut ni macam bercinta, haha

Tiada ulasan:

Catat Komen