Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/02/2021

Salam Jumaat



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, bertamu lagi di hari Jumaat  macam mana semua? masih sihat kehendaknya atau tidak berapa sihat? 

Jika tak sihat boleh makan ubat, jika perlu dapatkan rawatan, boleh berjumpa doktor, musim-musim sekarang bahaya, perlu langkah berjaga-jaga tau

KK alhamdulillah sihat, makin sihat sebab makan saja, hahaha, lagipun KK kuat makan sekarang, entahlah kenapa, kuat pula minum manis, pantang orang jual teh ais tepi jalan, wajib singgah beli, haha

KK sebenarnya cuti dua hari, dari semalam dah sebab siapkan tempahan biskut orang nak, jadi hari ni KK nak siapkan kek pula, semalam seharian buat biskut

Rehatkan oven dulu, kita sambung kejap lagi, petang nanti baru nak pergi COD pula, semoga semuanya dipermudahkan untuk KK

Selamat berhari Jumaat semua !

Tiada ulasan:

Catat Komen