Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/02/2021

Rimas !




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK ni sejenis manusia yang tak suka rambut panjang, entahlah kenapa KK rimas lagi-lagi kalau berpeluh, habis basah kepala !

Bila rambut dah mula panjang, KK dah mula rimas, rasa hidup macam tak tenang, hahahaha, rasa macam nak terjun bangunan.

Rambut KK tebal, jadi bila dah panjang memang nampak jelas, KK cepat serabut, jadi bila dah panjang KK rimas

Masa PKP tempoh hari kan kedai gunting rambut tak boleh buka, tapi selang beberapa hari, kerajaan dah melonggarkan syarat supaya kedai gunting rambut dah boleh buka

KK apatah lagi, bangun pagi terus cari kedai gunting rambut, hahahah, geram tak kira dah, tak boleh nak tahan dengan rambut panjang

Alhamdulillah, mujur orang tak ada, KK tak menunggu lama, sekejap saja dah giliran KK, semuanya sudah selamat, kini KK dah berambut pendek dan KK sangat senang.

Tiada ulasan:

Catat Komen