Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/02/2021

Kelakar



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisah boba kali ni dah lama, cuma baru teringat nak cerita, hahaha, alkisah beli brown sugar boba, tapi boba tak ada, hahahaha

KK suka mencuba perkara baru, lagi-lagi kedai baru kan, tak kisahlah celah mana, KK akan singgah pergi beli

Pasal boba ni dah lama, brown sugar milk tea ni boleh kata masih lagi bertahan, jadi minuman macam ni memang ada kalau di kiosk tepi-tepi pasaraya kan, kedai-kedai kecil tu

KK singgahlah sebab Aina cakap ada kedai baru tepi Nirwana tu, kedai aiskrim dan ada jual air, KK ni pantang dengar sebab nak pergi beli

Pergilah berdua dan KK memang akan pesan brown sugar tu sebab nak cuba rasa air dan boba dia, biasanya kan memang kalau air dia tulis macam tu, dah memang ada sekali

Dah bayar tu baliklah, bila rasa nak minum tu sedut sedut air saja, eh mana boba, baru perasan boba tu memang tak ada, hahahahaa, hancur luluh hati KK, tak terkata !

Entahlah mungkin adik tu lupa atau kena tambah boba tu, kelakar pun ada, balik tu baru perasan, hahaha, aduhlah !

Jadi KK minum air semata, tak boleh nak kunyah-kunyah boba, sedih ! tapi tak apalah, nanti KK pergi lagi dan nak tanya, hahaha

Tiada ulasan:

Catat Komen