Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/12/2020

Hari kemalasan

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari pagi sampai detik sekarang, hujan masih lagi tidak berhenti, dingin sepanjang hari sampai KK perlu pasang kipas nak bagi kain baju kering, kalau tak hapak

KK pun bermalasan dari pagi sampai sekarang, sejuknya bumi sampai kita pun rasa malas nak bergerak, berbaring dari tadi

KK pun entah berapa kali makan, asyik lapar saja, mujurlah masak spagetti banyak, hahaha, kalau tak jenuh nak masak banyak kali

KK masih tak keluar rumah, entah nak kemana, memang tak ada tujuan pun, layan media sosial dari tadi, telefon dah dua kali caj, hehe

Tiada ada yang nak dibuat, cuma rehatkan badan di hari cuti, esok KK dah mula kerja, semoga cuaca esok akan lebih menyinari kerana hari ini tidak nampak kelibat matahari

Selamat berhujung minggu semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan