Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/03/2023

Tutup tempahan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK sendiri tak sangka sebenarnya dapat sambutan dan KK tak jangka akan dapat banyak tempahan untuk tahun ini.

KK sebenarnya tak pernah pun jual biskut raya yang KK buat, tetapi tahun ni terasa macam nak jual lah, hahaha.

KK jual kat kenalan Whatapps saja, tapi tak sangka ramai pula yang pesan, tak sampai tiga hari KK mula jual, terus KK tutup tempahan sebab KK fikir KK buat seorang saja.

Alhamdulillah, setakat ini dah dapat 58 balang kesemuanya, KK bersyukur sangat pada Allah yang telah memberi rezeki kepada KK.

Jadi puasa tahun ini agak mencabar sebab KK perlu kerja kuat, hehe, insyaAllah KK cuba yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan