Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/04/2023

Ramadan 29 : Projek Biskut Raya 2023

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, masih lagi KK meneruskan Projek Biskut Raya setiap tahun tanpa jemu, KK berharap akan berterusan sampailah KK pencen, haha.

Tapi tahun ini agak istimewa dan sangat menarik sebab KK buat kuih raya dengan ambil tempahan, hampir tujuh tahun buat kuih raya, tak pernah jual pun, tapi tahun ni KK ambil cabaran.







KK dah fikir kalau dah ambil tempahan tak boleh buat banyak sebab kita berniaga kan, jadi KK jual 5 jenis pada mulanya, sampai jadi 7 sebab tambah.

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari kawan kawan sebab KK berniaga di Whatapps sahaja, tak ada pun menjual di facebook.

Syukur pada Allah mengurniakan rezeki yang tidak putus kepada KK, jadi KK nak tampilkan 7 jenis biskut raya untuk tahun 2023 !


Projek Kuih Raya 2023


♥️Semperit Bunga

♥️Almond London

♥️Cadbury Tart

♥️Almond Tart

♥️Snow Almond

♥️Nutella Button

♥️Choc Chip Cookies


Tak banyak jenis tahun ni sebab sibuk dengan tempahan, tapi alhamdulillah kalau ikut projek asal 5 jenis saja, tapi ada tercicir dua lagi tu sebab buat last minute, hehe.

Semoga untuk tahun seterusnya KK dapat meneruskan lagi projek ini dengan jayanya, selamat berpuasa semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan