Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/12/2023

Teringat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah teh ni sampai balik Malaysia teringat lagi, hahaha, sudahnya beli kat Shopee dari Indonesia, orang kata pelepas hajat.

Masa KK pergi Surabaya bulan Ogos baru ni, dalam bilik hotel tu memang ada sediakan kopi dengan uncang teh ni, KK setiap malam memang minum.

Lepas tu cubalah cari di Indomaret, masalahnya tak ada jenama ni, KK pun beli jenama lain, rasa lebih kurang tapi tak berapa nak wangi teh tu.

Jenis yang KK beli kat Indomaret tu baru habis, jadi KK pun beli yang lain, sama jenama dengan hotel punya, Sosro Heritage ni sedap dan wangi sangat !

Nanti kalau habis nak beli lagi ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan