Spice of My Life

Followers !

Halaman

Why "Keyme Keymoo" ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pasti ramai yang nak tahu betapa peliknya nama "keyme keymoo" tu, sebenarnya nama tu terjadi secara tidak sengaja dan secara tiba-tiba, perkara ini bukanlah dirancang.

Hal ini berlaku pada KK sewaktu di tingkatan 2 iaitu sekitar tahun 2009, lama dah ceritanya,haha, bila difikirkan balik, kelakar pun ada, geram pun ada, jom kita baca !


Macam ni ceritanya ,

Nak dijadikan cerita, suatu hari kimi pergi online kat Cyber Cafe (CC), masa tu tak silap form 2, kimi baru buat Myspace, masa kimi f2 tu famous la Myspace, baru suka-suka buat dan baru nak berjinak-jinak dengan laman sosial.

Rumah ada komputer tapi tak ada internet lagi masa tu, lupa pula datang dengan siapa masa tu, masa tu kimi pergi CC dekat dengan rumah je, suka sangat la, balik sekolah pergi CC, sanggup save duit sebab nak pergi online. childish lagi *hingusan .

Kimi pun sampai kat tempat tu, duduk la kat komputer masing-masing, tengah-tengah online tu, ada budak tanya kawan kimi nama Myspace apa, masa tu kimi buat tak layan je la, sebab dia tanya kawan kimi, lepas dia tanya kawan kimi, dia tanya kimi pula,

Lepas tu kimi cakap la "kimi boiz", masa ni nama Myspace masih lagi "kimi boiz", belum tukar Keyme Keymoo lagi, lepas tu dia macam buat-buat pekak la, macam tak dengar, kimi ulang la, lepas tu dia cakap.
Haa ? Kimi Kimo ? Hahahah  
(Gelak sampai bergema satu CC ... malu kimi )

Jahat tahu budak laki, saja-saja nak perli kimi, last-last kimi tak layan dia, sakit hati, lepas tu kimi buat tak layan, marah + malu, sebab semua orang kat CC tengok, serius malu, kimi memang dah nekad tak nak pergi CC dah lepas tu. *tapi pergi juga, hehe .
gggrrrrrr !!!
Lepas balik tu, geram + marah tu masih ada lagi, tapi bila fikir-fikir balik, best jugak nama "Kimi Kimo" tu,     hahaha, bodoh pula rasa bila teringat dekat budak tu dan lagi bodoh bila terpacul nama dia bagi tadi terngiang-ngiang di telinga kimi, kimi memang kenal dia, budak kampung kimi juga, kalu jumpa memang cam 100% muka dia. Guna juga nama tu akhirnya .
Tapi macam mana jadi ""Keyme Keymoo" ?
Ha ! yang tu kimi ubah sikit, kan budak tu bagi "kimi kimo", jadi kimi englishkan, lebih kurang translate. kimi cuba ubah nama kimi sebut dalam slanga english. *konon

KI = KEY
MI = ME 

KI = KEY
MO = MOO 

Konon-konon nak translate ke english, sebutan english, jadilah Keyme Keymoo sampai sekarang, semua Facebook, Gmail, Blog, Myspace, nama Keyme Keymoo, cuma Yahoo je nama Kimi Boiz, sebab email ni kawan kimi buat, masa tu tak pandai lagi, sebab tu suruh kawan buat je, kimi suruh je dia yang buat.

Jadi macam tu kisahnya, akhir-akhir, bila kimi check Myspace budak tu add juga kimi, kimi pun approve sebab dia bagi nama yang kimi rasa quite good name, kimi suka sangat ! hehe.


8 ulasan:

  1. Owkeyh..... nama yang sungguh unik + menarik...
    Hurm.. but nice... nama mempengaruhi identiti blog kite... hurm, nanti aku nak wat sejarah nama aku gak la.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tempoyak !
      nanti dah buat jangan lupa bagitahu ok :)

      Padam
  2. wah..pandai la awak translate nama awk..saya just letak sebab saya suka nama saya..hahaa..nce la..i adore you :)

    BalasPadam