Followers !

Ahad, 8 Disember 2013

Sibuk dengan kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lama dah kimi tak update blog, bukan apa, bila dah kerja, memang sibuk, balik dah penat, tunggu nak tidur je.


Alhamdullilah, sudah 7 hari KK bekerja di sebuah hotel, bekerja sebagai pengemas bilik.


Pelbagai pengalaman baru dan pelbagai karenah manusia dapat KK kenal apabila bekerja disini. Seperti kata pepatah, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Jadi kena sesuaikan diri.

Banjir juga banjir, KK sangat bersyukur di kawasan rumah KK sudah tidak lagi banjir, cuma di sesetengah kawasan agak parah. Banyak juga bantuan yang dihulurkan dari semua masyarakat. Alhamdulilah


Tempat baru, mesti ada kawan, hehe, KK nak perkenalkan kawan kerja KK iaitu Ganesh, hehe, susah nak bercakap dengan dia, susah dia nak faham BM, BI pun tahu yang basic je, sebab dia orang Nepal, haha.


Kepada yang masih tak tahu, kat sini lah KK mencari rezeki, kalau nak tahu, boleh google D'embassy Service Residence Suites.

Kimi nak minta maaf kepada pemenang yang telah memenangi GA yang KK sponsor, Insya Allah KK akan usahakan dengan meminta tolong sahabat yang pos kan hadiah tersebut.


Walau apapun, kerjalah dengan ikhlas, adik-adik lepasan SPM yang baru bekerja, ambil lah pengalaman sementara menunggu panggilan universiti ok, dalam masa yang sama mencari duit poket :)

Keep cool, keep smile, and happy always !

2 ulasan:

  1. Haha ohsem! Confirm penat gila kan kerja ni. Vee jadi teacher kat kindy, kena layan budak kecik. Alaalala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. penat la juga, bestnya Vee jadi cikgu, KK pun suka budak2, hehe

      Padam