Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 30 November 2013

Alhamdulillah, dapat juga kerja :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)

Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut selepas menerima panggilan telefon semalam, iaitu ALHAMDULILLAH !

Kepada sesiapa yang masih tak tahu, KK ni lepasan pelajar STPM 2013, baru saja habis peperiksaan pada bulan 11.

Berbalik kepada cerita, KK kan ada tulis entri berkaitan kerja pada Temuduga Mengejut , jadi kerja yang di mohon sudah dapat.

Rasa gembira, teruja dan suka sangat-sangat, temuduga yang secara tiba-tiba, menjadi dan diterima.


Pihak D'embassy ada telefon petang semalam, mula-mula ada telefon pukul 1.20 petang, masalahnya semalam jumaat, orang lelaki ke masjid. kimi tak angkat, sebab tak bawa telefon ke masjid

Jadi, mungkin faktor itu, mereka telefon semula jam 4.30 petang, dan beritahu boleh memulakan kerja pada hari isnin iaitu 2/12/2013.


Nampaknya, KK dah mula kerja lepas ni, mungkin kurang lah sikit update blog, tapi walau macam mana pun, KK akan cuba update ok :)

Masa untuk melepak di rumah pula semakin sikit, lagi 2 hari dah mula kerja, sebab tu harini ajak kawan pergi tengok wayang, hehe, cerita apa? nantikan entri seterusnya ok.

#menaip dengan gembira :)


2 ulasan:

  1. wahh..untung lahh.. btw, good luck kt tmpt krja bru :)

    BalasPadam