Followers !

Khamis, 28 November 2013

Eh ! Mana roadtax tadi ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisahnya, kejadian ini berlaku pagi tadi ++

Pagi tadi bangun awal nak pergi bank sekejap, biasa kawasan rumah KK sebelum lampu isyarat tu memang ada roadblock pagi-pagi macam ni.

Biasa KK letak roadtax bawah tempat duduk motor, dan harini, KK ambil terus roadtax letak dalam bakul motor, in case kalau polis tahan, tak perlu nak buka tempat duduk untuk ambil roadtax

Tetapi malangnya, harini tiada roadblock, jadi KK meneruskan perjalanan ke bank, sampai dah KK masih ingat yang KK pegang roadtax tu kat tangan.

Lepas keluar dari bank, sampai di motor, tengok roadtax dah tiada, masuk balik bank, tengok lantai, tengok kat tempat tulis borang, masih tak ada.

Keluar balik, cari-cari kat tempat motor pun tak ada, pelik juga, kemana pula roadtax ni "berjalan" kan.


Penat mencari, akhirnya redha, balik dengan hati berdebar, risau ditahan polis, alhamdulilah, balik rumah dengan selamat.

Cuai juga, entah mana tercicir, nak kat di kaunter, memang pegang, ujian Allah kepada KK, sabar saja

Esok baru nak pergi buat roadtax baru, moga-moga esok berjalan lancar :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan