Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 25 November 2013

Hello U Mobile, Bye-bye Celcom


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semua orang pasti ada telefon, mahal atau murah, besar atau kecil, canggih atau tidak, paling penting mesti ada telefon.

Lumrah kehidupan kini yang memperlihatkan kepentingan telefon itu sendiri begitu penting dalam menghubungkan manusia.

KK bukan nak cerita pasal telefon, tetapi rangkaian pelan telefon yang anda gunakan, merah ada, biru ada, kuning ada, oren pun ada, haha

Sebelum ni KK gunakan celcom, sebenarnya dah lama dengan celcom, tak salah dah lebih 7 tahun pakai celcom, sebelum tu pakai maxis sekejap.


Hari demi hari, penggunaan telefon dipelbagaikan bukan sahaja untuk call dan sms sahaja, tetapi bermacam-macam kemudahan seperti wechat, whatapps dan sebagainya.

Penggunaan kemudahan ini perlulah menggunakan rangkaian internet yang terus dan dimana sahaja, sampai bila kita nak mengharapkan wifi percuma?

Untuk itu, internet mobile amatlah diperlukan, jadi KK memilih untuk bertukar angin, mencuba yang baru.

Setelah 3 hari membuat penilaian dan bertanya kepada sahabat handai, KK memilih U Mobile sebagai rangkaian telekomunikasi yang baru :)

Kenapa perlu memilih U Mobile? Apa yang best ? Apa kelebihan ? KK akan ceritakan di entri yang akan datang :)


2 ulasan:

  1. Nak tahu U mobile ni laju tak? Kalau laju, nak tukar juga. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, mobile internet ok je, tak adalah laju sangat, bergantung pada pakej, kalau setakat nak fb, wechat, ok saja.

      *apapun, nantikan entri kimi yang seterusnya :)

      Padam