Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 20 November 2013

Temuduga mengejut !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ok, nak sambung kisah, entry sebelum ni ada KK cakap lepas balik dari beli barang dengan mak petang tadi, KK singgah sebentar di Dembassy kan.

Kalau semua nak tahu, Dembassy ialah nama sebuah hotel yang berkonsepkan apartment yang berada di Kuantan.

Jadi, niat KK ke sini pada mulanya nak minta borang mohon kerja dan balik sahaja, nak tulis kat rumahlah kononya.

Sebab 2 hari lepas KK ada call, dan orang Dembassy cakap ada kekosongan di bahagian housekeeping.


Dengan tak bersedia, akak penyambut tetamu tu suruh tulis kat situ juga borang tu, KK pun fikir, ok tak pelah, tulis borang dan boleh balik kot.

KK pun tulis lah, sampai 3 helai, dari ruangan peribadi, akademik, kelayakan, pengalaman kerja, dan sebagainya.

Bila siap, KK pun serah pada akak penyambut tetamu tu, dan dengan tiba-tiba "sila tunggu sebentar"? KK tergamam apabila akak tu suruh tunggu sekejap


Borang tadi diserahkan kepada seseorang, mungkin pengurus, dan tiba-tiba KK dipanggil olehnya.

Terusnya di temuduga, KK dengan tak bersedia, tak bawa dokumen apa-apa pun, KK cuma redha dan jawab apa yang patut.

Dalam 10 minit juga lah sesi temuduga tu, tetapi keputusan masih tidak dapat diketahui sebab nanti mereka akan telefon dulu.

KK bagi tarikh untuk mula kerja 1/12/2013, iaitu hari pertama pada bulan 12, sebab KK nak habiskan bulan 11 dengan balik kampung dan persiapan sebelum kerja.

Jadi? Walau apapun, kena tunggu Dembassy call dan baru KK dapat kerja, hehe, apapun, kita kena sabar dan terus bersabar :)

#wish me luck :)


4 ulasan: