Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 25 November 2013

Baru balik dari Klang ! Home Sweet Home :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lepas subuh tadi bertolak dari rumah nenek di Klang, Selangor. Selama 4 hari 3 malam bermalam di rumah nenek sebelah abah di Meru.


Sampai di Kuantan jam 11:30 pagi tadi, dan sampai di rumah jam 12 tengah hari, sampai rumah, mandi, makan, dan tidur ! haha

Sebenarnya dah lama tak balik Meru, raya pun tak balik, ini balik pun disebabkan adik kepada abah KK melangsungkan perkahwinan, apapun, kenalah balik untuk bersama-sama menyambut.


Selama 4 hari di kampung, tak la kampung mana, sebab dah macam pekan, banyak dah pembangunan di Meru, jadi suasana kampung tak begitu nampak sangat.

Paling seronok, hari-hari melantak rambutan, manis-manis pula rambutan, pokok rambutan pula depan rumah, abah kait, KK yang makan, hehe.


Paling tak seronok, kat kampung ni agak bosan, mungkin budaya disini berbeza, susah nak nampak orang kampung berkumpul, semua buat hal masing-masing.

Kami semua, petang-petang pergi jalan di pekan, sebab dekat dengan rumah, keluar simpang terus jalan besar.


Walau apapun, tahniah kepada Achik kerana telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya iaitu abang Azmi, moga berkekalan hingga ke anak cucu :)


Nantikan entri seterusnya untuk tengok gambar-gambar semasa majlis perkahwinan kak siti dan pasangannya abang azmi.

Btw, masa majlis makan beradap, KK makan sekali dengan duduk semeja dengan pengantin, ganti tempat abah, huhu ! hehe *first time


4 ulasan:

  1. Wuu, awat tak mai singgah rumah cheq. dekat Klang tu ja. Tak cakap, ada rumah jugak area Meru tu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, yeker Izzaati, kat Meru tu rumah nenek, masuk jalan nenas terus rumah nenek :)

      Padam
  2. wah...sdpnya rmabutan tu..bestnya dpt balik kan..ehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, memang sedap kak, merah-merah rambutan, kalau makan tak ingat dunia, hehe

      Padam