Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 26 November 2013

Bertukar ke U Mobile ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sambungan dari entri yang sebelumnya, iaitu Hello U Mobile, Bye-bye Celcom ! KK nak cerita lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan oleh U Mobile.


Pasti semua takut untuk tukar, iyelah kan, nombor yang baru pasti mendatangkan pelbagai masalah dari segi kenalan dan faktor berhubung.


Ok, untuk nombor U Mobile, ada 2 jenis, satu jenis postpaid (bil) atau prepaid (topup).

KK telah memilih prepaid, iaitu topup dan guna, kalau postpaid, guna dahulu baru bayar, jadi tiap2 bulan bil akan sampai ke rumah.

Faktor utama yang membuatkan KK nak bertukar ke U Mobile adalah kerana mahukan mobile internet, iaitu internet di mana sahaja tanpa gunakan Wifi.


Mesti semua takut untuk bertukar ke rangkaian telekomunikasi lain kerana nombor pasti ditukar kan? Macam mana nak pakai nombor sama ? boleh tak?

Jawapan BOLEH ! inilah yang KK sedang gunakan, pakai nombor lama tetapi pakai rangkaian U Mobile, nombor KK 019 , tapi pakai U Mobile.

Jadi jangan risau sebab rasa nak tukar ke rangkaian lain, bukan sahaja U Mobile, semua rangkaian pun boleh, kekalkan nombor anda, tetapi tukar pelan atau rangkaian telekomunikasi.


KK tahu, pasti agak sukar untuk bertukar ke nombor lain, disebabkan nombor itu dah lama dan semua kenalan atau keluarga tahu nombor itu, jadi, apabila bertukar nombor, risau akan nombor baru itu mendatangkan kesulitan.

Lagi satu, KK bertukar ke U Mobile disebabkan mobile internet, bagi KK, U Mobile menawarkan pakej mobile internet yang berbaloi.

Ok, berbalik kepada pelan yang KK pilih, ada banyak sebenarnya, pilih yang mana mampu dan lihat kegunaan diri sendiri.


KK gunakan yang pakej UMI 28, jadi KK dapat free call ke semua rangkaian sebanyak 100 minit dan sms sebanyak 30 sms ke semua nombor.

Internet mobile sebanyak 500mb kuota. Free call, sms dan internet mobile sah selama 30 hari iaitu selama sebulan.

Kalau macam tak sampai sebulan free call dan sms dah habis, internet mobile masih boleh digunakan sehingga habis tamat tempoh.


Pandangan KK :)

Bagi KK, untuk internet mobile, ok, not bad, sekadar nak wechat, facebook, whatapps, surf sikit-sikit ok sahaja, tiada masalah.

Cuma kalau nak tengok youtube atau atau loading video memang agak berat dan sukar, mungkin akan memakan kuota yang diberi.

Mungkin ada yang bertanya soal kos untuk menukar rangkaian, mahal atau tidak?

Masa KK nak tukar ke U Mobile, hanya PERCUMA ! KK ke U Mobile centre, beritahu nak tukar ke U Mobile, mereka minta i/c dan bagi simcard U Mobile percuma tanpa cas.

Walau apapun, ini sekadar pandangan KK, tak kisah lah pelan mana yang anda gunakan, asalkan anda gembira dan sentiasa senyum selalu :)

kredit : http://www.u.com.my/


7 ulasan:

  1. Kita pakai Celcom, postpaid; plan data 3GB sebulan baru RM68. walaupun macam mahal, tapi berbaloi sebab coverage senang dapat. lagi satu 3G pulak tu. Ayah pakai Umobile, postpaid juga, plan data 3GB tapi bila nak buka tenet dalam rumah, line tak dapat. kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, ok lah tuh, tak kisah pakai mana2 asal kita senang, alhamdulilah, selama KK pakai U Mobile ni, line semua dapat, tiada masalah lagi ;)

      KK ni student, tak mampu nak pakai macam izzaati, sampai rm68 sebulan, postpaid pula tu, bil tiap2 bulan takut tak mampu :)

      Mungkin masalah ayah izzaaati tu mungkin coverage kot, di kawasan KK tiada masalah :)

      Padam
  2. ok jugak la pakai u mobile nie..sbb saya pengguna u mobile jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, samalah kita pakai U Mobile ;)

      Padam
  3. Kalau saya nk tukar plan xox ke u mobile blh tak...ada sapa tau camana nak tukar

    BalasPadam
  4. Kalau saya nk tukar plan xox ke u mobile blh tak...ada sapa tau camana nak tukar

    BalasPadam
  5. Saya pakai TTTE skg, ingat nak tukar ke UMI juga la....

    BalasPadam