Spice of My Life

Followers !

Halaman

01/06/2020

Jamuan raya di tempat kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ini boleh kata kali terakhir lah entri pasal raya, hahaha, cukup-cukuplah raya, asyik nak raya saja, kerja lah pula, haha


Semalam kat tempat kerja ada buat sikit makan-makan sempena raya, jamuan kecil kecilan antara kami staf pasaraya

Jadi semua bawa makanan masing-masing, ada yang berkongsi bawa, tak kisah pun asalkan bawa, rasa sikit-sikit sorang





Selain dari jamuan raya, majlis ini sekali sambut yang KK dah tua tahun kerja kat sini, hahaha, tak sangka tak ku duga boleh bertahan lama kat sini

KK dengan seorang lagi staff nama Aizat, boleh kata KK dengan dia ni antara orang lama lah, yang mula-mula sekali kerja kat sini sampai sekarang




Alhamdulillah, KK sendiri tak sangka boleh setia kat sini, mungkin sebab selesa kot dengan rakan kerja dan persekitaran, insyaAllah semoga KK akan terus berbakti disini selagi terdaya, amin

Terima kasih semua rakan-rakan kerja yang sudi beri kerjasama, nanti ada masa dan ruang kita buat lagi, habis PKP kita pergi makan McD ramai-ramai, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan