Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/09/2020

3H2M (Melaka) - Muzium Kesultanan Melaka


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Habis saja sarapan pagi, KK terus ke bandar semula sebab kita nak pergi Muzium Kesultanan Melaka, nak pergi semalam tak sempat


Pagi ni tak ramai mana orang, tetapi tempat letak kereta dah penuh, pusing dua tiga kali mencari tempat letak kereta

Bayaran masuk untuk dewasa RM 5 sahaja, besar juga kawasan muzium ni, replika muzium ni sama seperti istana Melaka, dibina semula untuk dijadikan muzium







Kat sini bolehlah kita belajar sedikit tentang sejarah, KK antara manusia terpilih yang minat sejarah, ahhaha, tapi nak menghafal tu malas, hehe

Dah habis pusing dalam muzium, kita pusing luar muzium, boleh jalan-jalan riadah tengok pokok dan binaan

Habis jalan, kita keluar dan perjalanan diteruskan ke Masjid Cina Melaka, salah satu masjid viral dan perlu dikunjungi jika datang ke Melaka.

NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !

Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan