Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 21 November 2020

Melawat orang berpantang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi KK dan dua orang lagi rakan kerja ada ke Paloh Hinai, melawat Anim yang dah sebulan bersalin, Anim ni kawan sekerja

Dalam proses berpantang lagi, jadi pergilah melawat Anim, nak tengok bayi comel, baru ada masa nak pergi melawat

Kami bertolak pagi dalam jam 9.30 pagi, jauh juga sebenarnya, KK tak pernah sampai, dulu lainlah masa kerja kat Pekan, tapi itu cerita tiga tahun lepas, hahahaha



Walaupun langit membasahi bumi, sampai juga kami di sini, dapat tengok depan mata bayi comel yang diberi nama Nur Aisha Umaira

Nak datang semua macam rombongan pula, jadi wakilkan saja, macam-macamlah berkirim hadiah tu, kirim sampul pun ada, hehe

Kalau ikutkan hari, tak lama dah Anim nak masuk kerja, lagi beberapa minggu saja lagi, insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan untuk Anim dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Komen