Followers !

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! :)



Assalamualaikum !

Setelah sebulan berpuasa , sedar tak sedar , esok sudah raya , sekejap saja rasanya sebulan , tahun ini kimi tak balik kampung , raya dekat sini saja , alhamdulilah , segala persiapan sudah 90%  siap .





Tahun ini , kuih raya 100% kimi dan mak kimi buat , dalam 7 jenis tak silap sudah buat , tart nenas , biskut donat , biskut aiskrim , mama carey , biskut cendawan dan sebagainya , yang lain-lain tu kerepek saja . apam dot2 tak buat pun , tak sempat , maaf lah kalau kimi ada janji , tapi memang tak sempat , kimi minta maaf sangat2 , kira halal saja , hehe .

Persiapan raya kimi , biasa-biasa saja , baju melayu sepasang warna merah , contact lens warna brown , yang tu saja , nak beli selipar , tak ada saiz lah pula , susah lah kalau kaki dinasour ni , kaki kimi saiz 10 , kalau nak beli kasut sekolah tu , tak sah kalau tak singgah 3-4 kedai kasut , susah sangat , sebab kaki besar , macam cari selipar raya lah , dah minat sandal dekat kedai tu , tiba-tiba pula saiz tak ada .



baju kimi 100% macam dalam gambar :)


Tahun ni tema baju warna merah , tahun lepas tak silap warna hijau , pening kepala cari baju melayu warna merah , pusing punya pusing , jumpa lah , kimi suka yang jenis kain satin , kain licin , cerewet kan ? memang tiap-tiap tahun tak kesah lah warna apa pun , tapi kimi akan beli yang satin atau kain licin , kalau yang plain kimi kurang minat , memang tak akan beli . kesian bff kimi , follow belakang kimi , semalam la pergi shopping dengan dia , dia baru balik cuti semester raya .

Pukul 10 pagi dia dah call ajak keluar beli baju raya , kimi tengah tidur masa tu , mengantuk sangat , sebab lepas sahur , tolong mak buat kek , jadi pukul 7 tu tidur kejap lepas siap buat kek , pukul 10 dia dah call , semalam cakap nak pergi lepas sembahyang jumaat , dia cakap sembahyang dekat masjid bandar , kimi tengah mamai masa angkat call , ngantuk tak hilang lagi , last-last kimi ok saja .





Mula -mula tu pergi megamall , sebab dia nak habiskan baucar parkson dia dapat , kimi follow dia , lepas sudah siap dia membeli belah , pergi lah solat jumaat dekat masjid besar kuantan , tempat famous yang orang berbuka puasa di padang tu , ha ! masjid tu lah , lepas tu kimi cakap nak pergi kedai RM2 (tak habis2 dengan kedai RM2 ) mesti semua pelikkan kenapa kimi suka sangat pergi kedai ni ? sebab macam-macam ada jual dekat kedai ni , murah pula tu , lagipun mak kimi ada kirim something suruh tolong belikan .

lepas siap beli , ajak arif pergi mydin sekejap , dia follow kimi pula , kimi nak beli test pad and pen untuk sekolah , test pad yang kimi beli 100pc , sudah habis , macam air saja test pad , kimi baru saja beli , kalau masa form 5 dulu , nak habiskan 100pc tu , hujung tahun insyaallah habis , kalau form 6 ni , tak sampai 1 bulan sudah habis . tapi betul lah , form 6 guna file , lepas tu , memang guna test pad sebab tak ada buku , kimi pun tengok-tengok lah dekat atas , mungkin ada baju melayu warna merah yang berkenan , tapi tak ada pun warna tu .


macam ni lah selipar jepun kimi beli , tapi warna hitam , tulis Yahoo !


lepas tu pergi kuantan parade , arif cari sandal dia , jumpa dah ada saiz , lepas tu terus rembat lah , hehe , kimi punya ada yang berkenan , tapi saiz pula tak ada , tak ada rezeki lah tu . tapi nasib masa dekat kedai RM2 (kedai RM2 tu lagi ! hehe ) kimi ada beli selipar jepun sebab nak pakai dalam rumah , alang-alang , mak cakap pakai je selipar jepun tu , sob , sob , sedih sebab tak ada selipar . so , konklusinya , selipar raya ku adalah selipar jepun bertulisan Yahoo ! muktamad (ayat redha .) jangan terkejut kalau nampak kimi raya pakai selipar jepun . heehehehhehehe :)

Panjang la pula bebel , ingat nak tulis post just nak ucapkan selamat hari raya , tercerita pula bab shopping , hehe , walau apapun , thanks to my bff , sebab sudi melayan karenah kawan mu ini yang agak cerewet , dia pun boleh tahan cerewetnya jugak , pilih baju dekat parkson pun , dah nak dekat 1 jam , beli 3 pasang saja , hehe , ok la . Kimi nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kalau di sepanjang kimi berblogging ini ada terkasar bahasa atau menguris hati dan perasaan , ok lah , bye , jangan main mercun !

p/s : sebut pasal raya , teringat masa kecil-kecil dulu . :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan