Followers !

Isnin, 27 Ogos 2012

Eid Fever ! hehe :)



boboiboy pun raya juga ! meriah !

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar , seminggu sudah kita beraya kan ? macam mana semua ? masih semangat nak raya ? masih mampu makan juadah raya ? ketupat ? rendang ? lemang ?  banyak rumah terbuka pergi ? perut makin kedepan ? jarum penimbang masih menunjukkan berat ? hahahah , gurau - gurau , hehe






Seminggu beraya , pasti ada beribu-ribu pengalaman yang tak dapat dilupakan , pahit , manis , dan sebagainya , pasti yang ada tidak lupa tangisan air mata apabila bersalaman dengan ibu bapa di pagi lebaran , walaubagaimanapun , itu semua kenangan yang pasti tidak dapat kita lupakan kerana 1 syawal disambut hanya 1 tahun sekali .

bagi kimi , seminggu raya memberikan seribu satu pengalaman yang mungkin kadang kala menceriakan dan kadang kala membosankan , mungkin faktor umur yang makin meningkat menyebabkan semangat berhari raya saban tahun luntur dan semakin pudar dek umur yang makin meningkat , tapi walauapapun , pengalaman manis itu tetap ada menunjukkan yang kimi enjoy berhari raya pada tahun 2012 ini , alhamdulillah .

Kimi ingin berterima kasih kepada semua yang datang bertandang ke rumah kimi untuk beraya , tahun ini semestinya tidak semeriah tahun-tahun dahulu , kerana ramai kawan-kawan yang belajar jauh di perantauan , ada yang balik kampung , ada yang tidak pulang dan beraya di kampus , ada segelintir sahaja yang datang beraya di rumah kimi untuk berhari raya dan mengeratkan lagi tali silaturahim agar persahabatan tidak terputus dan terus berkekalan . terima kasih kimi ucapkan .




Mood raya :

raya pertama hingga raya ketiga mungkin hambar kerana kimi hanya beraya di kawasan rumah , dan hanya beberapa buah sahaja yang kimi kunjungi , bukan semua , dan seharian bertemankan tv dan internet yang melengkapakan rutin harian selama 3 hari berturut , dan juadah hari raya yang terus menerus masuk kedalam perut kimi , sebenarnya dah kenyang , tapi mulut rasa nak makan , nafsu-nafsu , biasalah , 1 bulan tak jumpa makanan , haha.. lepas raya ketiga tu , bff kimi , ajak pergi rumah kak siti , bakerian kat c4 (carrefour) tu , kimi pergi lah , jauh juga rumah dia dekat kempadang , naik motor arif , nasib kimi tahu jalan , kalau nak diharapkan bff , confirm 4 hari 4 malam tak jumpa rumah , haha , memang pun , kimi tanya kempadang dekat mana dia pun tak tahu , sekolah sungai soi pun tak tahu , memang betul - betul darat sungguh , iye lah , lagipun dia orang kl dah sekarang ni , lupa jalan dekat kuantan ni , and hari-hari seterusnya , mood raya dah kembali sikit demi sikit , semangat lah nak raya , nak pergi rumah orang , thanks to bff and to all my friend , sebab kembalikan mood raya . :)




Duit raya :

Duit raya yang 1st day masih tidak bertambah , tak dapat pun duit raya , haritu saja yang dapat , rm 5 + rm 2 = rm 7 , duit itu pun sudah habis sebab beli top up , hehe , lepas tu tak pernah dapat , kawan-kawan kimi yang lain beratus-ratus dapat , benci2 , tak suka , hehe , dah la kita budak sekolah , mana lah ada duit kan , tapi nak buat macam mana , orang dah besar panjang , mana nak dapat duit raya , bbf kimi pun nak dekat rm100 ++ duit raya dia , jeles kimi tahu , kakcik pun rm100++ tau duit raya dia , tapi nak buat macam mana , sudah rezeki dia , tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu . mungkin itu bidalan yang sesuai untuk describe cerita duit raya ni , apapun kimi still bersyukur .

walau apapun , kimi still bersyukur sebab dapat beraya dengan family tahun ni , walaupun sederhana dan biasa2 saja , tapi kimi gembira dengan kehadiran kawan2 yang masih setia berkunjung , kepada pembaca , raikan raya anda tahun ini dengan gembira ok , ingat , 1 tahun cuma 1 kali , hehe , bye .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan