Followers !

Rabu, 1 Ogos 2012

Fasting month !



Assalamualaikum,

Hari ini masuk hari ke -12 umat Islam berpuasa , tidak terkecuali kimi , bulan-bulan puasa setiap tahun mesti penat , tak larat , dan macam-macam karenah dibuatnya , kimi pula pergi sekolah , naik bas pula tu , sabar je, bila entah mak kimi ni nak belikan motor ,






Aktiviti bulan puasa , macam biasa je , cuma tahun ni kimi hantar kuih dekat bazaar , dapat lah duit tambah sikit-sikit , kadang-kadang laku , kadang- kadang sikit je laku , biasalah adat orang berniaga .kimi hantar apam mekar dan kadang-kadang apam dot-dot , gilir-gilir .





Sekolah macam biasa, penuh dugaan dan cabaran , kelas tingkat 3 , nak naik satu hal , lepas tu pula kimi kan ketua kelas , cikgu suruh ni , suruh tu , kena buat juga , ingat , jangan jadikan alasan puasa untuk tidak berbuat apa-apa , yang lagi cabarannya , budak-budak non-muslim rehat , ada yang tu makan dalam kelas , tercabar iman kejap , masa form5 dulu , sekolah kimi 100% islam , jadi kalau bulan puasa tak ada masalah , kantin pula buka , makcik-makcik kantin masak , kadang-kadang terfikir jugak besarnya lah dugaan Allah bagi dekat makcik kantin yang tengah masak tu , aroma masakan sampaikan bau dekat kelas kimi . sabar je la , dugaaaannnn .





Raya , lambat lagi kan , tapi raya tahun ni nak baju warna merah , dah janji dengan bff dan kakak , ahli keluarga yang lain nak warna lain , tahun ni tak ada keselarasan warna sebab semua nak warna masing-masing , tapi kimi still nak warna merah , sebab tak ada lagi warna tu .





Ok , itu je lah , sempena bulan mulia ini , marilah kita berpuasa penuh dan teruskan beribadah dan jangan lupa maafkan orang disekeliling kita . bye .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan