Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 29 Oktober 2013

"Ganjaran" Miss Quek kepada U6A2 !


Assalamualaikum,

"Ganjaran" guru MUET kepada pelajar U6A2 ialah belanja makan, huhu, sebenarnya kami semua ada membuat satu perjanjian sebelum dapat "hadiah" ni. Dan pastinya Miss Quek iaitu guru MUET kami yang belanja kami semua ! hehe

Sebenarnya, sebelum peperiksaan MUET yang lalu, Miss Quek ada memberikan cabaran kepada kelas kimi.

Kalau ada 5 pelajar yang dapat Band 4 dan tidak ada satu pun pelajar dapat Band 1, Miss Quek akan belanja makan satay ! Huhu Yeay !

Jadi, semangatlah anak2 pelajar ini, bersungguh-sungguh jawab exam, hehe, kimi pun konon2 semangat sangat orang nak belanja sate, hahahaha


Tetapi, apabila keluar keputusan peperiksaan, kami "kalah" tipis sangat, cuma 4 orang yang memperoleh Band 4 dan yang lain dapat Band 3 dan Band 2. Paling baik, tiada satu pun yang dapat Band 1 dalam kelas kimi ! huhu

Kalau diikutkan perjanjian, kami dah kalah, tapi kalah tipis, selepas dipujuk, haha, Miss Quek nak belanja juga ! Makan sate ! huhuhu


Bukan makan sate saja, kita orang pun order lah makanan berat sementara nak tunggu sate datang. Kimi pesan nasi goreng daging merah, tasya pula pesan mee ?? kimi dah lupa, sebab dah lama.


Makan-makan, ramai juga yang datang, cuma marni dan fatihah saja tak datang, meriah sangat malam tu :)

Thanks you Miss Quek !

* Tarikh : 11/10/2013
* Tempat : Wan Satay
* Total bil : RM 247.50 !


2 ulasan: