Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 27 Oktober 2017

Aiskrim 6 liter


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang ni tular pula aiskrim dalam bekas besar, satu bekas besar 6 liter pula tu,dalam satu tong putih, dan KK pun termakan hasutan untuk beli sebekas, haha


Nasiblah kat Kemaman ni ada, cuba cari-cari adalah orang jual, harga RM35, dan kena pesan dulu, sebab stok tak ada kat penjual tu dia kena pergi ambil


Tak lama pun lepas 2 hari aiskrim yang KK pesan dah sampai, KK pilih perisa "double chocolate chip" barulah sedap kan ada coklat cip tu, boleh gigit-gigit kunyah

Memang banyak sebekas ni, boleh makan lebih 5 orang, kalau makan seorang macam KK ni, rasanya lebih sebulan, sebab kita bukan makan hari-hari kan


Memang berbaloi sangat, tak rugi beli, sedap sangat, rasa sama macam aiskrim yang berjenama tu, boleh pula makan ramai-ramai, jimat dan berbaloi-baloi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan