Followers !

Sabtu, 13 Februari 2016

Sesi menggemukkan diri !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisahnya minggu lepas lagi, masa KK hadiri majlis perkahwinan kawan KK tu, malam tu ramai-ramai makan steamboat, memang seronok, lama tak makan macam ni


Berempat, KK dengan rakan kerja dan Arif pun ada sekali, sebelum dia masuk belajar semula, kita ajak sekali makan, hehe, lagi ramai lagi seronok


Dah awal-awal buat tempahan, risaunya tiada tempat kan, tak pasal pula mengidam pula, haha, tapi memang tak ramai pun

Bila bab makan, tak payah cakap banyak, tak perlu bersuara, mulut je berjalan, hehe, sikit-sikit tambah makanan, KK banyak makan yang grill saja



Macam-macam makan, risau juga kalau perut meragam kan, tapi nasib baik perut memberi satu kerjasama yang sangat baik antara dua hala, haha

Memang seronok makan ramai-ramai macam ni, sambil-sambil bergosip, gelak ketawa memang menjadi sangat, terima kasih semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan