Followers !

Ahad, 23 Julai 2017

Cubaan cabut gigi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK sebenarnya nak cabut gigi, dulu KK pernah buat rawatan akar, tapi sempat buat sekali saja, tempoh rawatan ke dua tu agak jauh, sampai ke sebulan lamanya


Sampainya KK kena bertukar kerja ke cawangan lain, jadi berkubur sampai disitu saja, sampailah sekarang dah rasa gigi tu sakit balik, tampalan gigi semakin nipis


KK dah pergi klinik gigi semalam, doktor cakap boleh saja nak sambung, tetapi KK tak nak, nak ikut temujanji susah sangat, jadi KK nak cabut terus habis cerita

Ramai pula orangnya buat temujanji semalam, jadi doktor suruh datang hari Rabu pula, KK pun baliklah nak menanti lagi 3 hari ni, haha, tunggu sajalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan