Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/09/2013

Konsert Yuna & Okestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya


Assalamualaikum,

Mungkin boleh dikatakan rezeki, kimi antara salah seorang penonton di antara beribu yang dapat sama-sama menyaksikan konsert Yuna di IB !

Kimi dapat tiket percuma untuk menyaksikan konsert Yuna di IB pada esok hari! Konsert sebenar bermula pada 6-8/9/2013, tapi kimi dapat tengok yang primier punya pada malam khamis. Paling best, front seat lagi !


Alhamdulillah, mungkin ini hasil daripada mengurus pelajar persembahan semasa Malam Jejak Kasih bersama Yuna! kimi sekali lagi berpeluang untuk bertemu Yuna mungkin buat kali ke-2

Senarai nama pelajar 

Seramai 36 orang pelajar bersama 4 orang guru pembimbing yang akan turut sama ke IB, kami akan bertolak pada jam 2.30 petang dari sekolah.

Kimi dan Tasya sekali lagi ditugaskan untuk mengurus pelajar-pelajar yang akan menyertai rombongan ini, pelajar yang terlibat merangkumi ahli MPPT6 yang bertugas pada Malam Jejak Kasih, pelajar yang membuat persembahan dan pelajar yang terpilih sahaja :)

Surat kebenaran ibu bapa

Jadi, kerja kutip duit, bagi surat kebenaran ibu bapa dan sebagainya ditugaskan kepada kimi dan tasya, memang pening melayan budak2 ni.haha

Agenda bermula apabila naik bas jam 2.30 petang, pelajar yang menyertai rombongan boleh balik seawal jam 12, dan datang semula ke sekolah sebelum jam 2.30 petang, dan bergerak terus ke R&R Temerloh

Penginapan

Sampai di R&R Temerloh, boleh persiapkan diri, nak solat, tukar baju, makan dan sebagainya dan terus ke IB tepat jam 8 malam harus ada disitu.

Konsert bermula jam 8.30 malam, dan habis dalam jam 10.30, kami akan bermalam di Cottage Inn Subang.

Pagi esok tu, berkemungkinan kami akan ke Putrajaya atau Sunway Piramid dan balik petang, dijangka sampai ke sekolah semula jam 6 petang.

packing barang untuk esok

Kimi harap esok akan berjalan lancar, diharap tak ada pelajar yang lewat dan insyaallah segalanya selamat :)

*Kepada yang dah beli tiket, jumpa di sana :)


4 ulasan: