Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 19 Julai 2013

National Varsity Guidance (NVG) dari Universiti Malaya !

saya dah graduate ! yeay !


Assalamualaikum, 

Hari khamis minggu -minggu yang lepas, yakni (4/7/2013), sekolah kimi telah dilawati oleh NVG dari Universiti Malaya. Kehadiran mereka disambut baik oleh pengetua dan pihak sekolah.
Sebelah pagi, mereka bersama pelajar lower six, dan selepas rehat, mereka bersama kami iaitu pelajar-pelajar upper six

Masa yang diperuntukkan kepada upper six hanya seketika iaitu sehingga jam 12 sahaja, bayangkanlah, habis rehat jam 11.10, tapi bukan sharp pun masa tu, pasti ada yang lewat juga, lebih kurang jam 11.30 macam tu mula, habis dalam jam 12.10.


HAHA, nampak tak kimi tu? macam berangan ke lain je, bukan dengar masa tu, haha.

Masa yang agak singkat, jadi majlis dipercepatkan, pelajar diberi peluang untuk memilih fakulti masing-masing bersama akak-akak dan abang-abang dari bidang tersebut untuk diberi pendedahan tentang course yang pilih. Kimi semestinya memilih jurusan undang-undang (law), hehe, entah dapat ke tidak kan, hehe.


Di bidang undang-undang kakak yang menguruskan penerangan, pendedahan seperti syarat kelayakan, pointer, jenis, dan macam-macam lagi, insyaallah, kalau dapat pointer baik, dapatlah masuk UM ye, kalau tidak, wallahu allam.

Selepas sesi bersama fakulti, ada pelbagai aktiviti seperti pertunjukan fakulti-fakulti di UM, penjualan t-shirt NGV, sesi fotografi bersama jubah graduasi UM, dan lain-lain.

berangan di siang hari, insyaallah

Kimi tertarik dengan jubah tu, bukan senang nak tengok jubah tu apatah lagi nak pakai kan, jadi, kimi pun nak juga bergambar dengan jubah tu, dengan harapan mungkin tak dapat masuk UM, haha, peluang macam ni bukan senang, sekali seumur hidup tau.

Lepas bergambar, rasa macam dah grad, haha, perasan kimi ni, hehe, rasa la juga pakai baju tu, dan tulis borang soal selidik.


Ok, akak ni dari jurusan Medic, pengkhususan pergigian, haha, bukan calang-calang orang ambil bab-bab gigi ni, akak ni cantik sangat, kimi ni budak art, mana layak nak ambil bab perubatan, ambil gambar dengan akak ni sudah cukup, haha, nasib akak ni nak bergambar, sempat lah borak sikit-sikit, ahaks!


Kimi nak ucapkan terima kasih kepada akak-akak dan abang-abang UM yang sudi datang ke sekolah kimi dan memberi pendedahan dalam masa yang sama menarik minat pelajar untuk masuk ke salah satu universiti terulung di Malaysia.

*habis saja majlis, masa untuk susun kerusi, untuk apa ye? Untuk SABS Got Talent !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan