Followers !

Selasa, 2 Julai 2013

Kek Pelangi 3D bersama Tasya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam ahad lepas, tasya minta tolong kimi untuk ajar dia buat Kek Pelangi Lapis 3D. Kimi pun datang rumah dia tolong buat, katanya untuk hari jadi kawannya, jadi nak buat lah kek tu untuk sambut.

Datang dalam pukul 8 macam tu, dan tolong dia buat, adun, yang banyak nya kimi, dia tolong juga, tapi tak biasa lagi buat kek, kena lah sabar kan, hehe


Kesian pula tengok si tasya, sikit2 cakap penat lah, lenguh tangan lah, kimi pun tolonglah, biasalah orang perempuan yang tak biasa duduk dapur kan, hahaha, maaf tasya, hahah.



Bila dah siap adun tu, bahagikan ikut warna dan bakar dalam bekas yang asing-asing macam dalam gambar ok, jangan bakat sekali dalam satu bekas. ok? hehe




Rupa selepas dibakar, lepas kek dah sejuk, boleh lapiskan setiap warna dengan krim ok, isi tebal sikit krim tu sebab nak bagi nak lapisan antara warna-warna tersebut.

haha, rupa setelah dilapis dengan krim, inilah jadinya bila kelengkapa tak cukup, tak apa tasya cakap, dia tak kesah, asal sedap, oklah, hehe.

Nak resipi? boleh klik SINI, ini resipi marble, masa bakar tu je asing-asing macam kimi cakap tadi ok.

*tak tahu sedap ke tak? haha


2 ulasan:

  1. wah... kimi ni baek la. sudi tolong bile kawan mintak tolong wat kek... resipi ni aku suke kimi. lapisan warna tu yang buatkannye menarik.. teringin nak try~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, alhamdulillah, nanti tempoyak cuba la buat, lapisan tu membuatkan kimi sendiri suka, sayang pula nak makan, hehe

      Padam