Followers !

Ahad, 3 Januari 2016

Jalan-jalan dengan rakan kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam kedai tutup, semua kawan kerja KK keluar nak tengok wayang, bukan senang nak pujuk boss tutup kedai sehari, haha


KK berempat dengan rakan kerja, Cik Dayana, Kak Mie dengan Nadia, KK seorang saja kumbang, yang lain bunga, hehe

Kami semua tengok wayang, cerita Mat Moto, cerita macam dah ok, tapi masuk nak habis tu, boleh pula cerita tu sekat-sekat, kecoh dalam wayang, terus keluar


Malas nak tunggu, baik jalan-jalan pusing cuci mata, nak tunggu memang tak lah, bazir masa saja, redha saja, tapi sampai sudah tak tahu penghabisan

Jalan-jalan di parkson pula, teman mereka ni beli barang, KK ikutkan saja, penat juga ikut orang ni, haha, tapi tak apalah, bukan selalu

Untuk makan, kita makan steamboat, haha, lama dah tak menbahan ni, siap dah tempah meja, risaunya penuh kan, sebab hari Sabtu


Makan punya makan, sampai perut kenyang, memang puas hati, makan sampai lebam, haha, lepas tu jangan lupa bayar, kalau tak kena kejar dek tuan kedai, haha

Lepas dah siap makan, pusing bandar kejap, lepas tu terus balik, sebab esok dah kerja, hehe, sehari saja cuti, nak banyak berhenti terus, haha

Terima kasih semua sebab sudi keluar dengan KK, lepas ni tak jumpa dah Cik Dayana kita, sebab dia sambung belajar, tinggallah kami saja, huhu, belajar elok-elok


2 ulasan: