Followers !

Khamis, 17 Ogos 2017

Bas lewat...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Banyak betul dugaan yang sampai, KK harini betul-betul hati berdebar macam nak tercabut jantung ni dari badan


Tadi KK ambil Grab dari tempat kerja, tak pasal pula Grab tu sesat, dari elok 5 minit sampai 10 minit, tinggal lagi 7 minit sebelum bas KK berlepas sebab pukul 6pm

Dah sampai tunggu punya tunggu, tak nampak juga batang hidung bas, dah 6.30 pm masih tak muncul, KK pergi tanya di kaunter, katanya bas dalam perjalanan

Lega sikit hati ni, tarik nafas panjang KK tau, risaunya kita tertinggal bas, rugi memang rugi, sekarang KK tengah tunggu bas dan tenangkan diri dan tersenyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan