Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/08/2017

Sewa pocket wifi dari Travel Recommends !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kurang lagi 2 minggu, KK akan bercuti ke negara seberang, tempat yang boleh kata tengah panas lagi, tak lain tak bukan Jogjakarta yang dipopularkan oleh demam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ! yuhooo !!


KK baru nak jejak kaki, hahah, tak sabar rasa nak kesana, persiapan buat masa sekarang alhamdulillah sudah 60% sudah sedia, barang keperluan dan sebagainya



Paling penting wifi ! Kita hidup zaman millenia ni mana boleh lari dengan teknologi, sebab tu KK sewa pocket wifi dari TravelRecommend !

Ini pertama kali KK sewa, sebab sebelum ni di Medan, KK dan kawan-kawan beli kad sim di sana, jadi agak membazir, untuk kali ni kita jimat kongsi pocket wifi ni

Harga untuk sehari RM 15, jadi 5 hari KK disana menjadi RM 75, kongsi berempat hanya RM 18.75 sahaja seorang, lebih jimat dari beli kad sim simPATI berharga IDR 85 ribu yang hampir mencecah RM 28++



Tetapi ada caj deposit yang bernilai RM 200, total semua RM 275 KK terpaksa bayar, tak apa nanti akan dipulangkan semula lepas dah pulangkan poket wifi tersebut

Ini bukan entri berbayar ye, haha, sebab KK suka berkongsi, saja nak bercerita salah satu teknik berjimat untuk ke luar negara, senang sebab unlimited data tau, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan