Followers !

Jumaat, 17 Januari 2014

Cuti yang membosankan :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini hari jumaat, pastinya hari cuti untuk KK, dah seminggu kerja, tup tup dah cuti, senang hati


Biasa kalau cuti, KK akan bangun jam 10pagi atau 11 pagi, hehe, tapi tak tahulah harini terkejut jam 8:30 pagi? eh eh, kita tak kerja harini

Tidur lagi, kejut lagi, akhirnya pukul 11 bangun juga, bosan sebab banyak kali terkejut, tidur pun tak lena.


Petang pun tak pergi mana, terperap kat rumah je, macam anak dara dah, haha, cuma sidai baju yang dah seminggu bertimbun tak dibasuh.

Lepas tu, duduk tengok tv, pun bosan juga, akhirnya tidur jawabnya, tapi KK kunci jam dulu, sebab pukul 5, Nadia nak datang rumah.




Petang dalam pukul 5:40 baru sampai, penat tau KK tunggu, tapi penantian tu satu yang berbaloi, boleh lah borak-borak dengan Nadia.

Banyak perkara yang dibincangkan, dan semua pasal kerja, lama juga kami borak, sedar-sedar dah nak gelap, tengok jam dah pukul 7:00.

Nadia pun balik, KK masuk rumah, tutup tingkap, buka lampu dan sebagainya.


Terubat lah sikit kebosanan yang KK alami sejak pagi tadi, malam pula KK pergi SAKAN, jumpa kawan-kawan lama, suka dengar diaorang buat lawak

Lama tak jumpa kawan-kawan SAKAN yang lain, rindu semua, nampak tadi semua ok, sihat-sihat belaka.


Esok dah mula kerja balik, tapi, cuma cukup bulan ni saja, kenapa? nanti KK cerita lagi ok, walau apapun, senyumlah, dan dunia akan senyum kepada anda :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan