Followers !

Ahad, 26 Januari 2014

Hadiah dari Korea :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mungkin boleh dikatakan hari yang bertuah pada KK dan Nadia, sebab dapat hadiah dari Korea, huhu.


Apa hadiahnya? hehe, cuma seaweed je, haha, bukanlah hadiah cd kpop ker, atau teddy bear ker, makanan je...


Alkisahnya, harini ada housekeeping kat satu rumah guest, KK lupa sesangat, biasa rumah dia housekeeping memang nak pagi, tapi harini pergi petang.

Sebab KK tak ingat rumah dia, kalau ingat dah pergi pagi tadi, bila rehat baru teringat, jadi pukul 3 baru sampai.


Sampai terus tekan loceng, dia buka, dia tengah tidur, hehe, kesian, dia cakap lama tunggu, hehe, KK cakap "sorry"

Masuk rumah, terus housekeeping, tukar bedsheet, sapu, cuci tandas, dan akhir sekali mop, dan bila nak tutup pintu tu, dia mencelah

"Nah, seaweed dari Korea, ambillah untuk awak berdua", KK teruja sekejap, hehe, "Oh, thanks you miss" dan senyum.


Tak disangka rezeki datang, mungkin dia baru balik dari Korea, sebab dah lama tak nampak dia, huhu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan