Followers !

Rabu, 22 Januari 2014

Menghitung hari...detik demi detik...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alunan lagu dan lontaran vokal Krisdayanti dalam Menghitung Hari sering terngiang-ngiang dalam kepala bila bawa motor untuk pergi kerja.


Kadang-kadang tak sedar, boleh pula berkaraoke tengah jalanraya, nasiblah helmet ada visor hitam, tak adalah orang perasan, nanti cakap budak gila pula, haha.


Lagu ni KK suka sangat, kadang-kadang ada juga kena dengan keadaan KK sedang hadapi sekarang, saat-saat terakhir sebelum berhenti kerja.

Hari-hari datang kerja, menghitung hari, tengok muka semua, rasa sedih juga, nanti tak lama lagi nak tinggal semua.

Selalu cakap kat Nadia, "Lepas ni aku dah tak ada, kau kerja dengan aunty jelah", tapi Nadia ok je, tapi KK tahu, jauh di sudut hati dia pasti sedih.


Tapi apakan daya, KK tak mampu nak tanggung ini semua, maafkan KK ye semua kawan seperjuagan housekeeping, KK undur diri.

Lagi 14 hari KK disini, asalnya lagi 8 hari, tapi dilanjutkan lagi 6 hari, Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan KK berkhidmat disini.

Sedih tak sedih, hiba tak hiba, KK dah boleh tahu, rumah ni guest mana, rumah ni guest mana, tak semua, cuma yang selalu KK housekeeping, KK akan ingat.


Tapi apakan daya, keputusan sudah dibuat, notis sudah dihantar, KK harap keputusan ini betul KK hanya mencari yang terbaik dalam mencari rezeki :)

#semua gambar diambil dari Google Image. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan