Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/01/2014

Meredah hujan demi temuduga !


Assalamualaikumn dan Selamat Sejahtera,

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, itulah kata yang paling sesuai untuk digambarkan bagaimana keadaan KK harini



Harini KK ada temuduga, hehe, padahal KK dah kerja kan, cuma nak cari pengalaman lain, kata orang nak tukar angin sikit, hehe

Berjanji nak pergi lepas solat jumaat, tetapi, apakan daya, hujan punyalah lebat, tak berhenti, tapi demi janji, harus ditunaikan.


KK pakailah baju hujan ,satu set dengan seluar sekali, haha, kelakar rasa, macam macam hantu pun ada, haha

Bawalah motor, hujan jangan cakap lah, punyalah lebat, pakai dah smart ni, minta2 lah ok dan selamat sampai.

Masa sampai, baju basah sikit, pergi tandas, jumpa sepupu yang kerja kat situ, dia ada, nasib dia tolong bawa sampai bilik HR

Tunggu punya tunggu, dalam 10 minit, baru HR bahagian Front Office sampai, diajak ke bilik temuduga.

Cakap punya cakap, hati berdebar, sesi temuduga dalam 20 minit macam tu, banyak juga soalan yang ditanya.


KK hanya redha, kalau dapat tu, kira rezekilah, kalau tak dapat, KK hanya mampu redha dan anggap bukan rezeki.

Apa pun, doakan KK, KK hanya mencari yang terbaik dalam mencari rezeki :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan