Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

Misi cuti berjaya diselesaikan :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini baru boleh rehatkan diri puas-puas, sebab minggu depan KK dah tak boleh cuti, sebab hari cuti jatuh pada 31/1/2014, hehe.


Jadi, misi-misi apabila cuti berlegar-legar dalam kepala untuk dijalankan, hehe, banyak sebenarnya, tapi cuma buat yang termampu sahaja.


Pagi tadi, kena bangun awal, sebab KK nak gunting rambut, semalam dah pergi, orang ramai menunggu, KK ni jenis malas nak menunggu, jadi terus balik.

Pagi ni, dalam pukul 10, KK pergi kedai tu, nasib tak ada orang, terus gunting rambut, hehe, sekarang rambut dah pendek.

Lepas tu balik rumah, kutip semua baju yang sudah berlonggok selama seminggu untuk dibasuh, dan bersiap untuk pergi solat jumaat.

Balik solat jumaat, siap2 pula, nak pergi U Mobile centre, nak tukar pelan, sebelum ni pakai pelan prepaid, nak tukar postpaid pula, nanti kalau ada masa, KK cerita detail lagi.

Lepas tu balik dalam pukul 4 macam tu, sidai pula baju yang dah dibasuh tadi, sambil tengok tv, tangan tetap berjalan, hehe.


Malam, tak ada aktiviti pun, cuma online dan update blog, esok kerja, minggu depan dah tak boleh cuti, sedih :(


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dik, nape dah takleh cuti mgu depan? adik suka masak ye? bestnyaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam kak sheila,

      saya tak boleh cuti minggu depan sebab cuti saya jatuh pada 31/1/2013, masa CNY, jadi kena kerja, sebab sibuk sikit.

      Masak saya kurang, baking saya suka <3 hehe

      Padam